Thursday, December 1, 2011

KUL- BAHRAIN

Alhamdulillah, impian kami tercapai gak nak berholiday di  Turkey...tapi sempat jugak kami tengok-tengok bandar Bahrain .. kiranya ni kali kedua pijak tanah Bahrain...kali pertama masa transit dari EGYPT ke KUL  tahun lepas...tapi masa tu lepak2 kat airport aje...kali ni kami transit satu haji di Baharai. Agensi pelancongan yang kami ikut ni dah sediakan hotel...






Dari KUL kami bertolak pada 20/11/2011 dalam lebih kurang 10.00 malam waktu tempatan...perjalan KUL ke BAHRAIN mengambil masa 8 jam....fuh lama giler dalam flight...dah puas makan-tidur,..tup..tup sampai BAHRAIN  waktu masih lagi malam...tak banyak aktiviti meronda yang boleh dibuat. Mata ni pun, walaupun dah tahap boring tudr dalam flight tadi, tapi sebab BAHRAIN masih malam, boleh pulak lagi nagtuk...dah nagntuk tu tido ajelah keje nya..
Ingatkan kat Langkawi aje ada Dataran Helang, kat BAHRAIN pun ada...siapa tiru siapa ni? cuma kat BAHRAIN ni helangnya tak buka sayapnya...

nak jugak bergambar dengan kereta Peugeot ni..pada hal kat Malaysia selalu aje jumpa...Macam kagum gak dengan kereta-kereta kat BAHRAIN ni...Kebanyakan kereta-kereta diatas jalan raya tu yang berjenama mewah...dah lah yang bawa kereta tu pun boleh tahan handsomenya...boleh lupa laki di sebelah...( ayat bagi marah ni )

s
salah satu bangunan yang menarik perhatian JZ...kebanyakan reka bentuk  bangunan kat BAHRAIN ni  bercirikan masa depan...macam-macam design ada....boleh tengok dari bas aje...tak cukup masa nak  pergi dekat-dekat
JZ t suka sanagat kotak emas yang ada lampu kat atas tu. dalam gambar tak nampak sangak keunikannya....


tak tahu lah gambar-gambar kat dinding tu pemimpin negara BAHRAIN ke atau  bekas-bekas pengurus hotel ni...nak tanya banyak2, pekerjanya boleh faham sikit2 aje bahsa inggeris....bahasa Arabnya pun agak lain dengan Arab Mesir..

!!.wah !!! laki ku dah pandai peace dah!!..


Breakfast kami di BAHRAIN

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.