Friday, January 20, 2012

Selera Indon


Esok dah start cuti CNY seminggu...baru aje dapat tahu dapat cuti seminggu. sebelum ni hanya target 3 hari. Jadi tak plan pun nak keluar dari pulau Labuan ni. Masa tahu cuti seminggu, tiket-tiket ferry dah sold out...jadi terpaksa lah jadi penunggu pulau....Mood cuti dah start... bukan setakat cuti kerja, kalau boleh cuti segala-galanya...huh mengalah orang cina yang nak beraya. Petang ni mood memasak pun cuti...kami lepak-lepak aje kat shopping kompleks ...dan wajib singgah  restoran indon ni...memang pure indon...lidah dah lama tak perkenakan sambal hijau...memang pure sambal hijau ni...rasanya agak lain dari sambal hijau  kat food Garden KLIA..yang ni lagi ummpph. kalau ikut selera ni, kalau boleh tiap-tiap hari nak datang sini..tapi kena pikir gak hubby yang bukan lidah indon. Kalau boleh hari-hari dia nak makan lauk2 yang mak dia masak...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.