Sunday, June 24, 2012

Alhamdulillah, Ikhwanul Muslimin menang di Egypt

Allahuakhbar.....maha kuasa Allah akhirnya  calon Ikhwanul Muslimin Mohammed Morsi di pilih oleh rakyat Egypt untuk menjadi presiden baru mereka...terasa diri JZ sebahagian daripada mereka...terasa ingin sujud bersama-sam mereka di Dataran Tahrin ini...2 tahun lalu JZ pernah berada di Dataran ini...hanya bersiar-siar menikmati malam di bumi penuh sejarah ini...time tu, Egypt masih lagi di bawah pemerintahan presiden Hosni Mubarak...dan JZ boleh nampak jurang yang sangat besar antara golongan bawah dan atas...JZ boleh nampak sendiri rakyat EGypt yang hidup dalam kemiskinan, sedangkan pendapatan negara yang besar...dan dari bacaan JZ, JZ dapat tahu  ramai ulama'-ulama' di penjara. Apabila di umumkan calon ikhwanul muslimin menang, JZ rasa  macam sinar islam akan kembali menyinari bumi Egypt tidak lama lagi..Didoakan agar Mesir dan rakyatnya akan hidup dalam suasana yg lebih baik Dari segi politik, ekonomi dan kehidupan sosial. Peluang terbaik juga utk gerakan Islam Ikhwanul Muslimin menterjemahkan segala falsafah perjuangan berteraskan Islam sebagaimana yg dicetuskan oleh pengasas Ikhwan dan mujaddid zaman Imam As-Syahid Hassan al-Banna.

Friday, March 16, 2012

cuti sekolah dah nak habis....

pejam celik, pejam celik hari ni dah hari Sabtu...tinggal esok sehari lagi peluang untuk rehat minda dan fizikal...lepas ni kembali ke kehidupan normal....Cuti 10 hari ni JZ tak kemana-mana...just marking exam papers...dah naik biru mata ni. Sebenarnya awal-awal lagi dah plan dan bercuti ke Beijing selama seminggu....dah puas pujuk rayu guru besar, rakan-rakan guru dan ibu bapa murid untuk di tiadakan kelas tambahan cuti ni...dan alhamdulillah semua guru-guru dan ibu bapa setuju dengan syarat kelas tambahan harian di mulakan awal bulan 2 baru ni....hati bukan main happy, first time selama 8 tahun mengajar tahun 6, dapat cuti bulan March....kalau tak, tiada maknanya cuti.....tapi panasnya hanya sementara....tiba-tiba mendung di petang hari....tup-tup di beritahu W.P Labuan menjadi tuan rumah untuk kejohanan Pingpong peringkat kebangsaan....JZ di tugas kan untuk menjadi juruacara...JZ bertugas hanya sehari...tapi walaupun begitu terpaksa gak batalkan percutian ke Beijing coz hubby sebagai jurulatih peserta Labuan kena pay full attention kat peserta-peserta ni...langsung tiada rehat untuk hubby...setiap hari keluar jam 6.30 pagi...baliknya kul 10 malam... hanya esok sahaja masa untuk hubby rehat...kertas exam pun belum di sentuhnya...nak tolong check, manalah JZ tahu sangat Bahasa arab ni....setakat yang simple2 tu boleh lah...bila dah sampai tahap karangan tu, setakat tengok ajelah...

Monday, March 12, 2012

Sherie Merlis Gembira Mengandung

Tahniah JZ ucapkan kepada pelakon Sherie Merlis yang baru aje membina masjid . Dan nampak nya tidak lama lagi akan mendapat baby... Jz tumpang gembira. Dan sebenarnya berita ni memberi motivasi kepada JZ...Sherie Merlis yang dah berumur 40 an masih lagi boleh pregnant...JZ yang masih 30an ni tentu aje boleh kan? so, JZ kena usaha kuat lagi ...no more give up...

Tragedi bercuti

Terkejut sangat semalam dapat perkhabaran buruk dari rakan-rakan JZ di FB menyatakan salah sorang rakan JZ dan familynya terlibat dalam kemalangan....berita tentang kemalangan ni di siarkan dalam berita dan surat khabar arini.. berlaku di Parit Buntar Perak Sebenarnya pagi semalam JZ ada terdengar berita ni kat TV tapi tak perasan yang terlibat tu rakan JZ sendiri. Yang JZ ingat kemalangan tu melibatkan sebuah Estima dan sebuah Toyota Alphad..bila dapat berita dari rakan2 FB baru JZ tahu yang rakan sendiri terlibat dalam kemalangan tu ...alhamdulillah Keluarga Mohsen semua selamat walaupun mak mertuanya agak kritikal....dalam kemalangan ni 2 orang meninggal..




walaupun masih trauma, Mohsen masih lagi sempat melayan call dari kawan-kawan dan keluarga. Memang dalam keadaan macam ni rakan-rakan sibuk nak tanya pasal perkembangan Mohsen, sebab Mohsen pun  jenis orang  yang ambil tahu pasal rakan-rakan gak selama ini. .semoga kedua-dua keluarga tabah menghadapi ujian ini.