pejam celik, pejam celik hari ni dah hari Sabtu...tinggal esok sehari lagi peluang untuk rehat minda dan fizikal...lepas ni kembali ke kehidupan normal....Cuti 10 hari ni JZ tak kemana-mana...just marking exam papers...dah naik biru mata ni. Sebenarnya awal-awal lagi dah plan dan bercuti ke Beijing selama seminggu....dah puas pujuk rayu guru besar, rakan-rakan guru dan ibu bapa murid untuk di tiadakan kelas tambahan cuti ni...dan alhamdulillah semua guru-guru dan ibu bapa setuju dengan syarat kelas tambahan harian di mulakan awal bulan 2 baru ni....hati bukan main happy, first time selama 8 tahun mengajar tahun 6, dapat cuti bulan March....kalau tak, tiada maknanya cuti.....tapi panasnya hanya sementara....tiba-tiba mendung di petang hari....tup-tup di beritahu W.P Labuan menjadi tuan rumah untuk kejohanan Pingpong peringkat kebangsaan....JZ di tugas kan untuk menjadi juruacara...JZ bertugas hanya sehari...tapi walaupun begitu terpaksa gak batalkan percutian ke Beijing coz hubby sebagai jurulatih peserta Labuan kena pay full attention kat peserta-peserta ni...langsung tiada rehat untuk hubby...setiap hari keluar jam 6.30 pagi...baliknya kul 10 malam... hanya esok sahaja masa untuk hubby rehat...kertas exam pun belum di sentuhnya...nak tolong check, manalah JZ tahu sangat Bahasa arab ni....setakat yang simple2 tu boleh lah...bila dah sampai tahap karangan tu, setakat tengok ajelah...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.