penatnya....minggu ke2 cuti ni memang memenatkan. Sejak hubby balik dari Kedah, rasanya kami tak rileks lagi. Banyak benda yang nak kena diuruskan untuk kenduri kesyukuran ni.Tak sempat nak shopping sangat pun. Keluar ke bandar Kuala Trengganu pun masa untuk belikan tiket Air Asia My SIL Sya yang akan pulang masa kenduri tu..lepas tu kami pergi kedai biodex ambil barang2 yang kami order..Ya Allah jame nya Bandar Terengganu time cuti ni. Dah lah panas gilerrr....ditambah pulak banyak jalan yang ditutup...membebel le driver ni..Atas undangan my cousin, ke majlis kahwin adik iparnya terpaksa jugak lah hubby drive selama 6 jam pergi dan balik ke Kemaman... sambil-sambil tu singgah kat rumah kakak dan saudara- mara kat sana..petang tu terpaksa kami bertolak pulang ke Kuala Terengganu kerana esok pagi2 lagi hubby dah kena pergi pasar beli barang-barang kenduri kat rumah PIL pulak..Sehari sebelum dan pada hari kenduri tu tak payah cakap lah sibuknya kami. Hubby sebagai anak sulung lelaki dalam rumah tu tentulah perlu mengurus banyak hal.JZ, sebagai menantu sulong ditugas oleh hubby untuk mengurus bahagian dalam rumah. Nasib baik my SIL Fiza masih belum posting, so, kami bergotong-royong membersih dan mengemas mana-mana yang patut....
Kalau ikut undangan majlis bermula jam 11.00 pagi hingga 3.00 petang, tapi sebelum jam 11.00 dah ada yang datang sehinggalah jam 6.00 petang. Terpaksalah sambut kedatangan mereka. Tak kan nak halau kot...malam tu, berbekalkan kudrat yang ada, kami bergotong royong pulak membersihkan periuk,kawah, pinggang ,mangkuk...lepas tu apa lagi tidur mati le....
esokkan harinya, pagi-pagi lagi hubby dah suruh bersiap2 untuk ke pasar kedai payang untuk beli keropok untuk dibawa pulang ke Labuan. Flight kami dari K.TRG - KUL jam 3.45 petang. so kami kena bertolak dari rumah paling lambat pun jam 2.30 petang..berkejar-kejaran lah kami dari pasar kedai payang ke rumah JZ pula untuk berjumpa bonda dan saudara mara sebelah JZ sebelum kami balik Labuan.Dari rumah bonda, kami berkejar pula ke rumah Ibu kandung hubby lepas tu baru pulang ke rumah PIL untuk pack barang-barang dan pakaian kami pulak...Elok2 aje jam 2.00 baru kami siap....nasib baik lah kami balik awal sehari sebelum sekolah dibuka semula. Kiranya Hari Ahad ni boleh le kami rehat dulu sebelum memulakan tugas....

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.