Thursday, January 26, 2012

Bila berjiran dengan penyanyi

Apa perasaan korang menjadi jiran penyanyi...tentu bangga kan. lebih-lebih lagi kalau berjiran dengan penyanyi terkenal...kalau boleh nak canang satu dunia yang kita ni jiran penyanyi tu kan?  jiran JZ ni bukan penyanyi terkenal Malaysia pun. Cuma penyanyi di Labuan...Banyak gak dapat jemputan  function-function kat Labuan ni. Penyanyi lah jugak tu kan? lebih-lebih lagi gaya dan lagaknya memang macam penyanyi tersohor di Malaysia..JZ sendiri sebenarnya tak tahu pun nama nya. tapi tahu lah dia penyanyi....Yang tensionnya berjiran dengan penyanyi ni, pantang cuti, mula lah melalak dari pagi sampai malam. Tak kira hari Jumaat ke, waktu marghrib ke, azan kat surau ke, non stop nyanyinya. memang lah suara sedap, tapi kalau dah mengganggu ketenteraman jiran dan waktu solat memang naik angin jugaklah...kalau cuti panjang macam ni lagi lah best, dengan abang, mak dan ayah sekali join berkaraoke

4 comments:

  1. adakah penyanyi tersebut bukan beragam Islam?

    ReplyDelete
  2. yup,islam...ayah dia selalu gak pergi surau

    ReplyDelete
  3. Isk..tak leh wat pape la..ayah dia tak bising pun...kan...huhuhu..

    ReplyDelete
  4. budaya sini lain sikit...time berhibur, berhibur sampai lupa diri...time beribadah...beribadah lah jugak

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.