Saturday, February 11, 2012

projek turun kan berat badan...

JZ lancarkan hari ini 12.2.2012 ni sebagai hari pertama projek turunkan berat badan untuk kali ke berapa ntah...dulu belum kawin berat 58kg, lepas 6 bulan kawin 65 kg, lepas ambil clomid dan macam-macam ubat hormon dengan arahan doctor terus naik gila-gila sehingga 70kg lebih. paling tinggi setakat ni 80kg...bila dah sampai tahap 80kg kesedaran datang semula...masa tu workout habis-habis..turun semula sehingga 74kg -70kg ...sebelum bercuti ke Turkey baru ni berat JZ 74kg...sampai sana selera makin bertambah, semua benda nampak sedap..hubby pun tak warning apa2. layan ajelah nafsu makan. Bila balik kg aje..susah dah nak kawal nafsu makan...family kat kg pulak time kami balik ni lah time dorang buat makan-makan. boleh dikatakan time ni lah dorang nak tunjuk skill memasak dorang...dah di hidang depan mata, makan aje lah...bila dah balik semula ke labuan, dah sibuk dengan  kerja tak sempat exercise di samping nafsu makan masih gila2...nah semalam timbang berat dah naik kepada 79kg...memang obesity sudah ni memandangkan tinggi JZ hanya 160cm...memang nampak gemuk. so Mulai hari ini JZ akan start semula workout dan jaga diet. Target JZ masik Mac ni berat JZ dapat turun ke 74kg semula dan Mei ni 70 kg...kena taget sikit-sikit dulu supaya tak frust sangat kalau tak sampai target di hajati...sebelum mula projek diet ni, JZ kena layan dulu keinginan makan JZ supaya tak le masa diet nanti teringin itu, teringin ini...so malam tadi JZ suruh hubby belikan JZ chicken chop. Tapau aje bawa balik makan kat umah...malas nak keluar..

chicken chop for JZ

Lamb chop for hubby

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.