Tuesday, February 14, 2012

say no to porno



selalu sangat berlaku kat sekolah sekarang ni budak-budak lukis gambar lucah, tulis perkatan lucah, beri sign lucah, cerita adengan lucah, hantar surat lucah  dan tak mustahil berlaku adengan lucah...kalau kat sekolah menengah mungkin perkara ni biasa...tapi bila perkara ni berlaku kat sekolah rendah, benda ni bukan perkara biasa lagi...bila di tanya
"kenapa lukis benda tu?"
jawapan yang biasa jumpa " abang selalu lukis benda tu"
"kenapa tunjuk tangan kat kawan macam tu?"
" abang saya/ abang sepupu saya selalu gak buat macam tu"
dan yang paling tak tahan...bila budak-budak ni bercerita tentang adengan panas dengan kawan-kawan dorang..
biasanya soalan yang cikgu akan tanya
"kat mana tengok citer ni?"
mostly akan jawab" kat umah lah"
soalan lagi " CD siapa punya?"
mostly jawab " ayah punya"
soalan lagi " mak, ayah kamu tahu tak kamu tengok CD tu?"
dan jawapan yang paling sakit hati" saya tengok sebab mak, ayah pasang CD kat TV"
oh no...no...no....speechless....
mak, ayah come on lah.....you all contoh kepada anak-anak..
you all nak ke anak-anak you all lakon kan semula adengan  yang dorang tengok kat CD tu?
jangan harap kan sekolah 100%  mendidik anak-anak  you all...you all ada tanggungjawab lebih besar daripada sekolah...
you all adalah mahaguru kepada anak-anak
jika ustaz-ustazah kat sekolah hanya mengajar  halal haram, pahala dosa, baik buruk sesuatu perbuatan...
praktikalnya di luar luar sekolah..
you all sebagai ibu bapa sepatutnya membimbing praktikal anak-anak you all.
tapi kalau sikap mak,ayah seperti yang JZ cerita kan ni...mak, pak ni bukan sahaja berdosa dengan Allah tapi berdosa jugak dengan anak-anak....
sebagai sorang cikgu, JZ rasa sikap ibu bapa mcm ni amat mengecewakan..
walaupun bukan anak JZ sendiri, tapi JZ rasa kesian sangat dengan budak-budak ni...
Budak-budak ni masih lagi bergelar ahli syurga...namun kalau begini corak didikan ibu bapa, macamanakah budak-budak ni bila dewasa nanti?.....JZ tak sanggup nak jumpa bekas anak-anak murid yang terpesong jauh dari jalan Allah...JZ lebih sanggup jumpa anak murid JZ yang hanya bekerja sebagai buruh kasar, tapi masih mengamalkan cara hidup islam....
mak. ayah....anak-anak you all adalah amanah...
setiap amanah akan di persoalkan akhirat nanti...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.