Tuesday, November 23, 2010

Egypt Trip - Day 2

Hari ke-2 di Egypt...aktiviti kami adalah melawat piramid , shopping perfume dan melawat kedai catton...walaupun dalam bandar yang sama, tetapi perjalanan agak memenatkan kerana traffic yang tersangkut2 kerana pemandu-pemandu kenderaan  suka-suka mereka aje bawa kenderaan tanpa panduan tarffic light...mereka hanya berpandukan hon-hon yang dibunyikan...huh sungguh binggit...tapi yang hairannya jarang berlaku kemalangan...
Hubby bersama bondanya, adiknya, adik iparnya dan anak-anak saudaranya di hadapan hotel penginapan kami


Dari jauh dah nampak dah Piramid Kufu ni....macam mimpi aje boleh lihat piramid Kufu ni dengan mata sendiri...
Piramid Agung Kufu merupakan satu daripada Tujuh Keajaiban Dunia yang tertua dan yang terakhir masih tinggal. Piramid ini dipercayai dibina sebagai makam untuk Firaun Kufu (nama Greek: Cheops; tempoh pemerintahan: 2606-2583 SM) daripada Wangsa Mesir Keempat. Arkiteknya ialah Hemon, saudara Kufu. Piramid ini siap dibina pada sekitar tahun 2580 SM, setelah menelan masa 20 tahun.

Permandangan dari padang pasir....dari jauh nampak kecik aje piramid-piramid ni...JZ hanya ingat Piramid Kufu aje...yang lain-lain tu JZ tak ingat sangat,



sempat gak berkenalan dengan orang-orang arab Badwi ni...cara hidup dorang sangat jauh beza dengan gaya hidup orang-orang mesir yang kat bandar....kalau kat bandar gaya mereka mengalahkan artis-artis...


JZ dan hubby depan piramid Kufu...selama ni hanya dengar cerita dari mulut hubby, alhamdulillah kali ni dapat gak lihat dan sentuh piramid ni sendiri..lihatlah struktur binaannya...sampai sekarang JZ masih terfikir-fikir macamana hamba-hamba firaun ni dapat membina piramid sebesar ini

Sphinx

peace no war

JZ bersama salah sorang budak mesir padang pasir....dorang ni susah nak dapat air...jarang-jarang sekali aje mandi...huhuhu nasib baik time ni cuaca agak sejuk, jadi tak kuat sangat lah bau badannya...

Lepas ronda-ronda padang pasir, kami singgah kejap kat kedai perfume Fouad Al Fayed ni...kedai ni memang famous...mostly VIP, VVIP Malaysia datang sini untuk borong perfume...harganya memang taraf Vip lah jugak...kami rakyat jelata ni hanya mampu beli yang botol-botol kecil aje
JZ baru tahu rupa-rupanya FOUAD AL FAYED ni  kaum kerabat DODI AL FAYED yang di gossip dengan PRINCESS  DIANA


JZ ambil kesempatan bergambar denganbotol-botol perfume yang memikat kalbu...tapi hanya mampu bergambar ajelah....

wah...En hubby tengah practice Bahasa Arab Ammi dengan pekerja kedai ni...JZ hanya faham vocab yang simple2 aje...bila  dorang dah mula guna bahasa ammi...JZ dah blurrr


Hari-hari makan nasi planta...badan dah rasa berlemak sudah..


cotton shop...posing dimana-mana saja.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.