Friday, November 26, 2010

Egypt Trip - Day 5

25.11.2010...Visit the Egyptian Museum.....

Depan pintu pagar Egyptian museum...beribu-ribu pelancong berbaris masuk ke museum...kalau hari-hari macam ni , tak mustahil pendapatan utama EGYPT ialah dari sektor pelancongan... nak masuk pagar utama pun pakai tiket, kat dalam muzium pulak, nak masuk bahagian Mummy firaun pun kena bayar lagi...sepatutnya rakyat mesir ni dah boleh hidup mewah...tapi yang mewah nya pemimpin2 aje....jurang kaya dan miskin sangat besar

di hadapan banguana Muzium..reka bentuk binaan dan warna memang menarik...

persekitaran luar kawasan Masjid Al-Azhar...kata hubby, kawasan ni tempat lepak dia  time study dulu...kalau JZ tak de le nak lepak kawasan mcm ni...terlalu ramai orang...banyak kes ragut pulak tu

Dalam masjid Al-azhar....boleh jumpa banyak kelompok manusia yang sedang menuntut ilmu agama dengan guru-guru yang ada kat dalam masjid ni...sangat terasa suasana ilmuan nya...

 Depan bangunan Universiti Al-azhar...bangunannya tak sehebat bangunan universiti terkemuka yang lain...tapi  dapat rasa roh ilmu tu ada...akhirnya dapat jugak JZ menjejak kaki di tempat hubby belajar dulu....hubby pun asyik  citer pengalaman zaman-zaman muda nya dulu kat sini...
Shopping time kat Bazaar El-Khalili....nampak sangat muka dah letih...tapi bila  bab shopping ni, hilang terus rasa letih...
huh!!! hubby ku, dengan penuh expressi menawar harga barang...macam nak nangis pun ada...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.