Saturday, November 27, 2010

Egypt Trip - Day 6

26.11.2010- bergerak dari bandar CAIRO ke Banadar ALEXANDRIA...masa ni otak masih kosong lagi tentang bandar Alex ni...perjalanan agak jauh jugak lebih kurang 4-5 jam jugak dari bandar CAIRO...sepanjang jalan ni boleh lah nampak perkampungan dan cara hidup orang mesir dengan lebih dekat. tapi apa yang JZ perasan, sepanjang jalan ni kebanyakannya rumah orang-orang kaya... mostly pemilik ladang-ladang tanaman...kawasan umah dorang pun luas...tak sepadat bandar CAIRO..

berhenti jap untuk berehat danseperti biasa hubby kena jadi translator kat ahli2 rombongan lain semasa beli belah ni..

dah 6 hari asyik makan nasi mesir...jumpa pizza terus lupa diri adik ipar aku ni....

acara posing-posing Balqis dan ayah chik....dah boring lah tu ...perjalanan yang jauh dan memenatkan

Library Alexandria...tempat pertama kami singgah bila sampai kat Bandar ALEX...banyak universiti dekat-dekat library ni...

Ini lah dia statue Alexandria....zaman belajar dulu selalu jumpa gambar statue ni   dalam buku teks sejarah dunia...

Lirary Alexandria ni besar dan sukar untuk masuk sebarangan...nak masuk pun bayar tiket dan kena scanning lagi....dah macam kat airport. ni  hanya sebahagia kecik hasil lukisan budak-budak

Melawat kubu kat Alex...JZ pun dah lupa kubu apa benda sebenarnya ni...tourist guide ada beri penerangan, tapi masa tu JZ asyik dengan permandangan pantai Alex yang cantik ni...jadi tak dengar sangat penenrangan tentang kubu ni..

belakang JZ tu pantai Alex....katanya beberapa jam aje belayar kat laut ni boleh sampai ke europe..
Budaya masyarakat sini pun dah banyak pengaruh eropah..
datang musim sejuk tak nampak sangat pengaruh tu, sebab semua bertutup...
tapi cuba datang musim panas, banyak lah dugong-dugong yang berjemur tepi pantai tu...


Sempat merasa ais krim ALEX. rasanya macam ais krim zaman-zaman dulu...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.